Tuesday, 12 November 2013

test

Siti Nurhaliza Minta Khairy Jangan Biadap | Dato’ Siti telah menjelaskan bahawa status yang dimuatnaiknya itu sekadar pendapat peribadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas bersuara apabila dirasakan sesuatu yang kurang manis berlaku.Ia pula melibatkan kritikan daripada seorang pemimpin kepada seorang pemerintah yang berdarah raja, kalau salah bicara lain pula jatuh hukumnya. Betul tak?
Baru sahaja tengahari tadi Murai Batu baca dan tengok video YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kita yang muda dan kacak itu di Murai.com.my di mana dia memberikan ucapan selepas diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Wired Celebrity Award di Shout! Awards yang berlangsung Sabtu lepas.
Bukan main lagi dia memberitahu para penyokong dan pengikutnya serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini dan juga mengundinya untuk membawa pulang anugerah tersebut.
siti-khairy+xlupa.net_
Tup tup petang tadi Murai Batu terbaca pula tweet daripada penyanyi nombor satu kita tak lain dan tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang dilihat menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan YB Khairy Jamaluddin atau KJ yang disifatkan terlalu lantang dan seakan biadap terhadap pemimpin yang lebih veteran.

Sbg Menteri Muda &being look up,rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yg lebih berhemah.lantang x perlu biadap dgn yg lebih tua.
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) November 12, 2013
Pada pandangan Murai Batu ia berbunyi seperti teguran serta pendapat Dato’ Siti Nurhaliza yang juga merupakan individu yang disegani oleh ramai.
Jadi dia merasakan sebagai seorang yang mempunyai nama haruslah berhemah jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menyinggung.
Jangan nanti teguran yang ingin disampaikan menjadi satu komen negatif kalau salah atur kata, betul tak? Punca sebenar mengenai status yang dimuatnaik oleh @CTNurhaliza11 itu pada tengahari tadi tidaklah pula Murai Batu tahu mengapa tetapi melalui pemerhatian dan ada juga Murai Batu bertanyakan teman yang meminati arena bolasepak negara, khabarnya kerana YB KJ lantang mengkritik Presiden FAM iaitu Sultan Ahmad Shah.
Itu apa yang Murai Batu rasakan lah. Apa-apa pun kita lihat ia daripada sisi positif sahaja. Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Mungkin anda ada pandangan anda sendiri? Murai Batu jalan dulu okay? Adios!-murai.com.my
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari Isnin menyatakan persetujuan untuk bertemu dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.
"Saya tidak ada masalah untuk berbincang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Dewan Rakyat.
Beliau ditanya sama ada bersedia untuk bertemu dengan FAM bagi menyelesaikan isu berbangkit setelah Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan pada Ahad menyarankan agar pendekatan secara bersemuka perlu dilakukan dan bukan dengan cara menegur secara terbuka.
Khairy sebelum ini telah menegur sikap FAM serta menyifatkan badan itu yang tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan enggan menerima teguran sebagai 'baling batu sembunyi tangan'.
Beliau turut menyuarakan rasa kecewa terhadap persatuan yang tidak seolah-olah ‘kebal’ kerana tidak boleh menerima teguran meskipun dari Menteri Belia dan Sukan sendiri.
Menurut beliau, tujuan kritikan tersebut adalah kerana kelemahan Jawatankuasa Keselamatan FAM mengendalikan insiden pistol dalam tandas melibatkan soal keselamatan penonton.
Selain itu, Khairy turut menyuarakan rasa bosan terhadap isu penjualan tiket palsu pada aksi final Piala Malaysia 27 Oktober lalu.
Minggu lalu, sepucuk pistol lama telah ditemui di dalam tandas lelaki Stadium Shah Alam ketika perlawanan di antara Kelantan dan Pahang itu.
Menurut polis, pistol yang mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.
Polis Selangor telah mengesahkan bahawa pistol itu bukan kepunyaan polis.-astroawani

No comments:

Post a Comment